Pengarang Muda Danial Jazmi bercerita tentang karyanya dalam siri Danial's Diary dalam slot Sesi Bedah Buku di TVAlhijrah.
Danial yang berusia 17 tahun sudah menulis 4 buah buku.
Pada usia 11 tahun, buku pertama “My Travel Adventures” berjaya diterbitkan.
Buku ketiga “My Unique Experience in My New School” diterbitkan semasa usia 15 tahun.
Buku ke-4 “Why The Hate? Life Should Be Fun!” berjaya diterbitkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
Semua buku ini diterbitkan secara swaterbit (terbit sendiri).